Showing posts with label PERISTIWA PENTING. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA PENTING. Show all posts

JENGGO KLIAS KE KENINGAU

Trip 3 Februari baru selesai jam 6pm tadi, setelah 3 minggu tidak turun ke Klias disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, ditambah lagi dengan kerja seharian. Trip kali ini disertai oleh belacans, Irfan [dangan dari Keningau] dan regular partner Ruzlee. Kali terahir Mr Irfan menduga jenggo pada 3 tahun yang lalu di Weston. Jadi kali ini Mr Irfan berpeluang menduga semula jenggo, cuma suasana saja berbeza, tiada pikat, tiada nyamuk, dan tidak perlu pakai stokin..hehehe. pukulan dan henjutan jenggo Sg Klias sememangnya berbeza dengan jenggo Sg Weston. Disebabkan perjalanan balik Mr Irfan sangat jauh  ke Keningau maka trip ini ditamatkan pada jam 530am. Hasil yang diperolehi sangat memuaskan hati kami. Kondusi air semasa surut dan pasang sangat menyebalahi dan memberi kepuasan. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.....untuk Mr Irfan semoga henjutan jenggo Klias menganggu mimpi tuan..hahahaha

Warm up...Jenggo pertama yang dinaikan oleh Irfan...boleh tahan ah..

Tarik lagi tuan...sudah 3 tahun tidak menghinjut jenggo..kali ini baru berpeluang..kasih  puas hati.

Pusing satu badan...jenggo waktu pagi di Lubuk Piasau...tidak menghampakan.

Tuah badan..masih lagi ada bau jenggo 3 tahun yang lalu..itu sebab jenggo suka dengan tuan.

Puas hati..? kalau tidak puas hati lupakan Sg Klias tuan...

Bekalan ke Keningau...gerenti malam ini makan besar punya..tangan hanyir ni..

Jenggo Lubuk Kuburan...jenggo takut dan naik ke boat.

Tiada 25 inci tuan...10 inci pun ok tuan...kena cincang atau mencincang?

Lubuk Penyanggat yang kembali membawa sinar..hampir 2 bulan lubuk ini kosong.. kali ini penghuninya sudi naik ke boat.

Jenggo Lubuk Penyanggat yang memberikan hasil luar biasa..Enjoi Irfan.

Pemilik Lubuk Kuburan...banyak jenggo yang jadi jenazah di hujung joran Cigu Ruzlee.

Kusut tali pancing tapi hati tiada kusut...gembira di masa kecederaan.

Jenggo Sg Klias yang merantau jauh ke Sook Keningau..semoga menjadi hidangan yang enak di sana.

PENUTUP AKAUN JENGGO 2012.


Selamat Tahun Baru2013.. baru ada kesempatan kemaskini blog GILAKAIL. Trip penutup akaun jenggo 2012 kali ini disertai oleh kenalan dari Kota Kinabalu. Sudah lama Cigu Ronny ini mengintai masa yang sesuai untuk turut mencuba trip menjenggo di Klias sejak Yie Ismail meracun beliau dengan cerita yang seronok semasa menjenggo beberapa bulan lalu. Setelah tarikh sesuai ditetapkan, maka trip ini berjaya dan laba yang diperolehi pun boleh tahan. Rasanya Cigu Ronny akan kembali ke klias semula setelah merasa henjutan tentera-tentera biru klias. Trip ini juga disertai oleh Cigu Ruzlee...veteren Sg Klias dan saya sebagai botman. Di bawah adalah foto-foto sepanjang aktiviti pada 27 Disember 2012.

 Akhirnya Cigu Ronny berjaya juga menyesuaikan diri dengan jenggo Sg Klias.

 Cigu Tunjuk Taring...Saiz Jenggo yang mempunyai sepit kikir yang berkarat.. tahniah Cigu Ronny.

 Orang lama buss..jenggo tidak henti-henti dinaikan oleh cigu Ruzlee.

 Lagi Jenggo bersaiz pinggan..

 Puas hati Cigu Ronny...datang bah lagi..

 Tidak kalah...ada saja jenggo saiz kasar dinaikkan. Cancang tuan.

 Naik lagi...mana tahan tengok orang kiri kanan menaikkan jenggo...sabar Ronny.

 Jenggo berkarat dan Zorro SMK Tansau

 Giliran Boatman..mana boleh tinggal.

Naik dan naik...saiz pun melenturkan rod.

 Sepit Kikir Besi pun ada...

 Naik lagi...? Boleh tahan saiz jenggo di lubuk Kikir ni..

 Oooo..tidak, ini baru warm up...berfoto jangan tinggal.

 Cigu Ronny akan datang balik ke Klias..gerenti...

Hasil mencuba nasib di Sg Klias... Selamat menjamu selera Cigu Ronny dengan keluarga.

PILU DI SG KLIAS

Trip hujung minggu 1 Julai 2012 merupakan trip yang sangat menghampakan. Banyak 'error' yang berlaku. Sudah pun kepayahan mencari umpan di Sg Padas disebabkan keadaan sungai yang terlalu tohor...hampir sejam juga saya menggali cacing..penat belakang cerita janji ada umpan. Masalah kedua muncul tiba-tiba enjin sangkut buat hal..start bertubi-tubi tidak mahu hidup..pembuka plag pun tinggal..adui..masalah..terpaksa beli plag dan pembuka plag. Jam 800am masalah selesai...namun sesi mencari sauh tidak serancak minggu-minggu sudah. Pasang surut air yang mengecewakan, kerana keadaan air pasang laju dan surut laju menyebabkan pencarian sauh ditahap 'hijau anak mata'. Akhirnya jam 230pm kami mengambil keputusan untuk menamatkan program ini. Hasil udang sangat memilukan..hanya 13 ekor saja yang dapat didaratkan, itu pun waktu pagi. Apa pun akan dichoba pada masa akan datang. Dibawah adalah gambar yang sempat dirakam.
Bau Kesisang bersama kargo yang dapat dipintas dilorong Penyengat 3.

                     
 Lagi kargo saiz melenturkan joran...tapi saiz begini tidak banyak melanggar susunan rod kami.
Trip ini sememangnya meletihkan dan membakar kulit.

                   

SIRI JELAJAH LAWAS

10 September 2011 program yang telah lama diatur akhirnya berjalan dengan jayanya. Penarikan diri CK dan Tuan Jaya pada saat akhir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan membuat ako terpaksa menjadi Lone Ranjer menuju ke Lawas. Jam 500 am ako bertolak dan sampai di simpang Sundar pada jam 630am. Sebelum menuju ke perkampungan nelayan di sebelah Sundar, kami singgah di pekan Sundar untuk menyediakan beberapa perkara penting. Jam 800 am barulah kami bermula acara mengilat di kawasan ini. Boleh dikatakan tidak ada kaki pengilat di sini dan kawasan yang sangat "wild". Rasanya sangat bertuah menduga kawasan sedemikian. Secara keseluruhanya hasil bukan menjadi ukuran..kalau dilihat kondusi air ketika itu tidak menggalakan keaktifan ikan sasaran. Apa pun terima kasih kepada tuan tanah Mr Tg Raider dan Mr. Awangku atas kesudian mengatur sesi mengilat pada kali ini. Di bawah adalah catatan berfoto bagi trip kali ini.

Pemanas badan...selesai memunggah barang, kami merakamkan foto memori bersama tuan punya boat serta Mr Awangku bersama bradernya.

Orang kuat Lawas..Mr Hisham adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah mengilat khususnya bagi kenalan rapat. Kini sudah ramai kaki-kaki mengilat yang memulakan aktiviti ini di sebelah Lawas.

Kanai tunggal yang diperoleh di Muara Sg Bumbun. Masyarakat nelayan di Lawas memanggil spesis ini ialah kanai. Manakala tembaring/Black Bass sebagai kanai Tanah. Penggunaan nama atau istilah spesis ini tidak perlulah diperbesar-besarkan atau menjadi isu, yang penting ia memberi kepuasan kepada pengilat.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Salam semua. 30 April 2011 trip yang dirancang dua minggu awal berjalan dengan lancar dan berjaya mengesan beberapa spot yang menarik. Trip kali ini adalah untuk menyelongkar lubuk baru yang masil "wild"dari kaki pengilat yang semakin kerap turun ke Bintuka. Kesan dari itu, Ako dan Mr.Hisam terpaksa "escape"dari tarian rutin di muara kebiasaan. Rancangan asal kami berempat, namun Cigu Karim dan Mr.Shuhairi telah mengembara jauh di Kudat untuk tujuan yang sama. Akhirnya kami berdua saja yang galak mencari spot yang dijangka kaya dengan ragutan-ragutan kasar. Mudah-mudahan dengan adanya spot baru akan tercipta rekod baru yang boleh dibanggakan kelak. Gambar di bawah adalah peristiwa yang benar-benar terjadi. Salam.
Ungah yang dicari berjaya ditawan dengan Abu Garcia C3 yang memukau penggemar round reel.

Kerapu minyak di Sg Lauren ini bagak belaka dan bersaiz L. Ragutan spesis ini pun mengujakan.

Musuh akan bersua dilorong sempit. Sudah beberapa bulan tidak bertemu dengan spesis ini, akhirnya ia berjaya didaratkan dengan TDD7 Flash Peirch

Mr Hisam beradu tenaga dengan MJ bersaiz bagak. Namun hukum karma tidak menyebelahi Mr Hisam kerana MJ cuba mengheret tali ke kipas enjin dan akhirnya rabut. Lagu Jeritan Batin ku kedengaran dari mulut Mr Hisam ketika itu. "Nah telepas...."

Hasil keseluruhan 30 kerapu minyak (rekod), 1 MJ, 1 sesumpit, 2 Languran, 2 titir, 2 CnR. Total=36 ekor. Trip ini ditangguhkan pada masa akan datang. sekian.

TEMBAGA PURBA

Trip Cigu Karim bersama sepupunya pada 15 Mac 2011 telah berjaya merungkai satu lokasi tersimpannya TEMBAGA PURBA yang menjadi buruan pengilat. Perancangan rapi, dendam kesumat yang sudah lama berbuku serta maklumat terkini yang diperoleh menjadikan ramuan yang paling nyaman untuk menumpaskan spesis TEMBAGA PURBA ini. Akhirnya beliau berjaya menumpaskan pejuang berbaju tembaga ini.

Pose Cigu Karim bersama TEMBAGA PURBA berskala 4.2 kg. Saiz bagak bagi kawasan Bintuka.
Kanai Tanah menjadi mangsa Cigu Karim. Tahniah



COME ON BABY PART 1

Trip yang dirancang berjalan dengan lancar, Mr Hisam dan Cigu Ruzlee untuk kali pertama berpartner, mana kala ako seperti biasa dengan Cigu Karim sebagai rakan mengilat. Hujan lebat selama 3 hari di Bintuka menjejaskan sedikit kualiti air. Sampai di pangkalan, Mr Hisam dan Cigu Ruzlee mengambil haluan ke Muara Maidin manakala ako dan Cigu Karim mengambil keputusan untuk menduga disekitar Muara Balingkatak. Kondusi air yang terjejas membantutkan aktivit mengilat dibeberapa anak sungai. Jadi ako dan cigu Karim mengambil keputusan untuk mengilat ditepi-tepi sungai sahaja. Gambar di bawah adalah dapatan semasa aktiviti mengilat pada 23.12.2010.

Quick silver yang berjaya dituai pada trip kali ini.

Ungah yang wajib dinaikan setiap kali menduga perairan Bintuka.

Mujarab si Hijau Kapuh.

TDD Parrot yang kecewa dilanyak Kerapu Minyak.

Silver Pierch yang berjaya menggoda si Minyak

SESI MENGILAT MEGGI

Program yang diatur dari khamis lalu diteruskan jua oleh Mr Hisam dan Mr Ruzlee untuk menduga Membakut Lake. Memandangkan ako ada masalah yang tidak dapat dielakkan..khabar saja yang ditunggu untuk mengetahui sama ada 2 geng ini balik tangan kosong atau sebaliknya. Sementara menunggu hujan reda di Membakut..mereka berdua sempat mengkasting meggi di restoran. Jam 530 pm...kira-kira begitulah..Mr Hisam menghantar SMS yang mengatakan Mr Ruzlee strike tomman bersaiz 2kg ++++. Foto dibawah adalah sebahagian aksi mereka di Membakut Eco Lake.

Close up Mr Ruzlee dengan Tomman.

Beautiful fish...warna tomman yang menarik akan lebih seronok jika berjaya menggodanya.


Tewas akhirnya.......Perlawanan yang menyebelahi Mr Ruzlee.

Pissss...Mr Hisam cuba mengunting perambut kail Mr Ruzlee supaya balik ke Beaufort dengan tangan kosong...tetapi berjaya disnap oleh pemilik tomman...lain kali jangan buat..apa pun sesi kali ini sangat enjoi dan menghiburkan..tahniah untuk Mr Ruzlee dan Mr Hisam. Giliran ku bila lagi ah.?????????

SUMPAH KERAPU MINYAK

Kerapu Minyak a.k.a hitam memonopoli sesi mengilat saya dan cigu Karim..rasanya sudah lama kami tidak turun sama-sama ..kira-kira 5 bulan . Biar pun sesi kali ini cigu Karim membelasah pihak lawan sebanyak 7 strike berbalas 2..namun tetap hepi. Keadaan air yang sejuk tapi cun membantutkan sesi pencarian MJ dan spesis yang seumpamanya. Beberapa anak sungai didapati kosong...apa boleh buat..next time lagi lah...

Gewang kegemaran cigu Karim...namun didapati rosak akibat hentam berkali-kali mangsa mengilatnya..kerapu saiz pinggan mamak ini melanyak ganas semasa gewang mandi dalam sungai.
Mana tahan..malar jadi cameraman..kini giliran Cigu Karim mensnap aksi ku dengan kerapu minyak yang memecahkan telur ayam kampung. Seekor ikan yang berpangkat sarjan juga menjadi mangsa, namun atas desakan pihak berkenaan, aksi itu tidak dapat dipaparkan untuk tontonan umum...yang penting tekanan dan arus elektriknya...

Tail dancer hot tiger yang melenggokkan buntutnya menyebabkan kerapu minyak ini tergoda dan terpedaya dengan tipu daya dunia mengilat.

Kerapu terakhir sebelum sesi mengilat tamat...program kami tamat pada jam 5.00pm...dan program seterusnya akan dirancang kelak...tahniah kepada cigu Karim kerana kepuasan tekaran dengan arus kekuatan 700 volt.