MISI MARAMAS UDANG KLIAS

Mr.Ruzlee menuai sauh di kawasan hot spot dikala kebanyakkan pengail mengalami kekejangan otak mencari spot yang pajal dengan sauh.

"From Ranau with Sauh"
Cigu Zamree yang masih tercari-cari rentak Sauh klias akhirnya berjaya memujuk spesis target. Kalau mahu mencari ubat gaut datang lah ke sini lagi...

Udang Sauh saiz meja bulat direstoran Cina. Ketika ini udang bertaburan di Sg.Kias.

Ke hulu ke hilir...saiz yang dicari masih tidak memuaskan hati..apa pun tibai saja

Hasil setakat jam 500 pm. Kumpul+kait+timbang=5kg++.Separuh hasil berjalan ke Ranau.

SIRI JELAJAH LAWAS 3

Siri Jelajah Lawas 3(SJL 3) baru selesai dilaksanakan, Peserta yang menghadirkan diri ialah Ako, Ck, Tg dan Awangku Adeoss. Tumpuan kali ini ialah muara sekitar Sg Trusan. Sungai ini menurut Tg dan Awgku selaku tuan tanah yang tidak pernah dikunjungi oleh pengilat. Kami menjadikan sungai ini sebagai medan menguji ketahanan dari semua aspek. Dikatakan sungai ini mempunyai stok ungah yang banyak. Spesis ini memungkinkan menjadi mangsa untuk dibuli atau kami menjadi mangsa pembulian. Jenama ikan yang kami sasarkan adalah ikan berjenama Ungah atau lauk Mirah (panggilan masyarakat setempat). Tidak dinafikan bahawa jenama Ungah dan kerapu Minyak yang berjaya dipujuk sangat perkasa ketika bertarung (bersifat Hulk). Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam.

Kes sangal tangan akan berlaku apabila ungah kerap kali menghentam gewang yang dihulurkan. Pose MJ yang terkorban di tangan Tg Rider.

1 lubuk 2 ungah adalah perkara biasa berlaku di sungai ini. Kami adalah antara pengilat yang pertama menjelajah sungai ini. Ako bersama ungah ke 2 dari 1 lubuk. gilos eh.

Penat melayan ungah sampai Tg Raider inda larat lagi berdiri. Ungah di sini meratai berskala 1 kg dan sungguh mengujakan.

Perkasa...
Ungah di sini sangat liar dan ganas apabila menyambar gewang. Kes rabut cukup banyak terutamanya dari boat CK dan Awangku.

Tg Raider bersama ungah yang menghentam gewang hanya dengan beberapa karauan sahaja.

Kesimpulan untuk siri jelajah Lawas ini bolehlah dikatakan masih terdapat banyak kawasan yang menyimpan stok ikan yang pelbagai, cuma faktor kesampaian dan kesukaran mencari boat di kawasan ini menghadkan pencarian kawasan yang bertaraf "hot spot". Hasil lain seperti kerapu minyak tidak ketinggalan dan sesi bergambar dengan spesis itu ditiadakan.

RAJA 51cm

Sesi mengail udang untuk musim ini diteruskan dengan menjemput Mr.Hisam dari Lawas untuk mencuba pukulan Raja Klias. Sesi kali ini hanya untuk mengail sambil bersukaria di atas boat sebab lebih kurang beberapa bulan tidak duduk seboat dengan Mr.Tg setelah beliau berpindah station di Sipitang. Pasang surut yang tidak stedi dan masalah teknikal enjin menyebabkan trip kali ini diakhiri dengan gembira banyak, hasil sikit. Di bawah adalah memoir semasa trip.

Mr. Tg yang berjaya menaikkan Raja di Lubuk Gua.

Mr.Ruzlee dengan sepit biru.Terima kasih dengan sponsor umpan lebihan.

Antara Raja yang terpanjang pernah dilihat, setelah disukat panjangnya campur sapit adalah 51cm.

Raja yang paling besar dan panjang yang diperolehi pada sesi mengail kali ini.

Ini saja Raja yang ditabalkan pada kali ini. Hasil keseluruhan sangat mengecewakan tapi syukur.

SANG RAJA KLIAS

Sudah sekian lama tidak turun bersama, akhirnya Cigu Ruzlee bersetuju untuk turun meradar sauh klais, seingat ako tahun lalu adalah kali terakhir turun bersama beliau, almaklum sibuk sebagai guru hanya guru yang tahu. Memandangkan cuaca yang tidak menentu, kami tidak berharap langsung dengan hasil yang bakal diperolehi di sungai ini. Hujan yang kerap turun pada masa kini menyebabkan air sg Pandiki agak keruh sedikit dan sejuk. Mengingatkan musim sauh yang tidak ada menunjukkan isyarat mahu berhenti pada tahun ini, kami mencuba saja dibeberapa spot yang kerap dituju dan tempat baru yang berpotensi. Nampaknya percaturan kami tidak tersasar malah spot tersebut memberikan ganjaran yang tidak disangka-sangka. Dan hasilnya agak lumayan juga pada penghujung sesi mengail sauh ini. Dibawah adalah beberapa snap yang sempat dikongsi.

Cigu Ruzlee antara pemancing lama yang masih menduga Sg Pandiki untuk merasai keasyikan sauh Klias. Akhir trip, perolehan beliau seberat 4.8kg.

Tugas baru sebagi tekong amat berat untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk memujuk king sebanyak mungkin.
King lagi..selang beberapa saat king pertama naik. Siok melayan Sang Raja ini.

Berlatarbelakangkan kapal pelancong, sempat mendapat sorakan dari pelancong setelah menaikkan king. kambang jua eh. Bukannya selalu dapat peluang begini.

Antara Kings yang berjaya di "check mate" di Klias.

Diharap musim sauh di Klias sentiasa berpanjangan agar keseronokan melayan spesis ini mampu menyeronokan kita.Sekian terima kasih.

LIGA KING PANDIKI

liga King Pandiki memulakan tirai pada 26/10/2011 sempena Raya Deepavali peserta yang menyertai liga kali ini ialah Lim Tat, Bau Kesisang, Cigu Saari ( Pengarah drama bersiri Buka Celana) dan peserta tuan rumah Belacans. Acara ini sepatutnya bermula jam 7 am, terpaksa ditunda pada jam 8 am kerana enjin mangalami masalah teknikal, terpaksa tuan rumah ke hulu ke hilir mencari pembuka plag. Akhirnya masalah enjin selesai dan liga sesegeranya dimulakan dimulakan. Kondusi air yang mengalir linang-linangan menyebabkan para peserta tidak sabar dan sangat berharap dapat memujuk Sang King untuk secepat mungkin. Lim Tat pada awal lagi telah berjaya menaikkan 2 Kings dan terlalu optimis untuk menjuarai liga kali ini. Disangka mendung sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, ako selaku tuan rumah berjaya merapatkan jurang dan akhirnya menjuarai Liga King Pandiki dengan jumlah 5 kings, Lim Tat 3 kings, Bau Kesisang dan Cigu Saari 2 kings. Nasihat juara, para peserta diharap bersabar menunggu hari esuk untuk bertanding lagi. Di bawah adalah beberapa foto kenangan liga King yang sempat dimemorikan.

King super saiz yang membuatkan Bau Kesisang yakin akan menjuarai liga kali ini.

Perolehan awal spesis king pada pagi itu oleh Lim Tat membuatkan beliau ketawa besar dan mampu menewaskan tuan rumah.

King ke 2 pada pagi itu juga membuatkan juara bertahan mengatur strategi baru untuk memintas Lim Tat. Mana tahan didahulukan 2/0/0/0. Kami bertiga terpaksa bersorak tawar.

Cigu Saari yang tidak menyertai Liga Tapikong Papar tetapi mendapat wildcard untuk menjadi peserta Liga King Pandiki. Tahniah hasil pun boleh membuka celana.

Juara bertahan 2 kali dengan egos menaing King yang dicari-cari. 5 Kings yang diperolehi membolehkan ako dinobatkan juara kategori Kings Bagak dan Lim Tat juara udang paling banyak. Tahniah juga.

Liga ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih kerana menjayakan program Liga ini.

DARK WATER PANDIKI

Memandangkan cuaca yang tidak menentu dan ditambah lagi dengan berita amaran angin bertiup sudah pasti semua sungai/muara berkeadaan yang tidak sesuai untuk sesi mengilat. Ako mengambil keputusan ingin menduga udang sauh Sg Pandiki yang hampir 2 bulan tidak dilawati.Setelah banjir surut disekitar Sg Padas, umpan yang diperlukan dengan mudah didapati. Hanya beberapa kali cedok, cacing memenuhi baldi umpan. Seperti trip yang lepas, geng kali ini adalah peminat tegar udang sauh dari Papar (paradianku) iaitu Baukesisang, Lim Tat dan rakan sekolah Baukesisang. Kami turun dengan langkah kanan kerana cuaca, air dan hasil menyebelahi kami waktu itu. Udang bersaiz king kurang menguasai lubuk ketika ini. Sesi mengail udang sauh Sg Pandiki berakhir jam 600 pm. Di bawah adalah laporan bergambar aktiviti mengail sauh diKlias.

Mr.Anin pertama kali turut ke Pandiki dan bergambar dengan seekor sauh junoir yang bebuih mulut.

Pelanggan tetap Sg Pandiki, Mr Lim Tat tidak puas hati dengan hasil yang diperolehi dan bercadang mengapil balik jika ada masa.



Sauh Junior yang mendominasi hampir semua lubuk di Sg Pandiki. Saiz King hanya 6 ekor saja yang dapat didaratkan. Di gambar kelihatan Baukesisang bersama sauh bersaiz sederhana. Katanya janji menarik...betul tu.

Setelah ditimbang..syukur 5.6kg...bagi sama rata.