Showing posts with label LUBUK PILIHAN. Show all posts
Showing posts with label LUBUK PILIHAN. Show all posts

LAWAS MUSIM 4


Rasanya sudah lama saya tidak update blog ini disebabkan oleh kerja yang datang, hujan yang menidakkan trip mengail dan masa yang tidak sesuai untuk memancing ikan atau menjenggo. Trip luar dari Sabah dapat juga diatur bersama Tg Rider setelah beliau lapang dari trip deep sea, ditambah lagi dengan cuaca yang baik minggu lalu, maka perancangan ini dijadikan cerita pada 7 Oktober 2012. Ini merupakan trip ke 4 saya ke Lawas. Perancangan awal kami menggunakan 2 boat...namun saat akhir CK dan Awgku menarik diri kerana urusan yang sangat penting...tapi trip tetap on. Sesi mengilat di Awat-Awat Lawas ini sememangnya tidak mengecewakan kerana sambutan penghuni muaranya sangat rakus dan membolehkan kita mengalami adrenalina yang melampau. Trip ini berakhir jam 400 pm dan di bawah adalah gambar yang sempat dirakam.

Saya dan Sg Awat-Awat...pencarian spesis tong gas tetap akan diteruskan di sungai ini jika ada kesempatan.

Penghuni tetap Awat-Awat...Jeti ini menanti kedatangan anda jika ada kesempatan ke sini...damai suasananya..

MJ vs Satak...Ungah pertama yang mencuri tumpuan pada pagi itu...Zerek Shrimp ini orang kata pantang dihulur terus ngap...betul kah..?

 Ungah ke dua... laluan tanjung sentiasa dihuni oleh spesis ini..kasar permainannya.

 Ungah ke tiga...bukan main lagi tali keluar berdesit-desit..ciit..citt..ciit...memang ummmph lariannya.

 Ungah ke empat..belum sempat pasang kuda-kuda terus terkam..apa lagi hinjut busku...

 Ungah ke lima..mangsa menunggu di tanjung..pemangsa menunggu di perahu...ciit..ciit lagi bunyi spool...

Ungah ke enam...tanjung juga kubu serangan hendap spesis ini...tetap memberi layanan yang menyeronokan.

Ungah ke tujuh...sekali cast sekali ngap...memang MJ penghuni tetap di sini..kalau begini berterusan, boleh halus  ibu jari asyik memicit  tali spool...terbaik ungah di sini. Ungah ke 8 coming soon

Ungah yang dibawa balik. Kerapu minyak jangan cakap berkilo-kilo. Diberi kepada kawan yang berhampiran.

Jam 500 pm kami berdua strike kolo mee Sarawak. Super Strike mee ini

HARI BERTEMU PELANGGAN


15 Syawal (bulan mengembang penuh sampai kesiangan)..sudah sebulan tidak melawat Sg Pandiki, maka rancangan menduga sauh di sini berjalan dengan lancar, seperti biasa Lim Tat dan Bau Kesisang menjadi pelanggan tetap trip kali ini.Lim Tat menjadi boatman dan ako menjadi mandur ditengah-tengah.Caruk seperti biasa dibooking oleh Bau Kesisang. Kondusi air yang keruh pada awal pagi seolah-olah ingin menidakkan keseronokan mengail. Air yang pasang besar membolehkan air kembali jernih dan memberi peluang kami memunggut udang selagi mampu..hasilnya jam 4.30pm kami menamatkan trip dengan kutipan sauh sebanyak 117 ekor. Di bawah adalah foto-foto yang sempat dirakam.

 Rezeki 15 Syawal...117 ekor menyerah diri di Klias. Ang Paw raya Sg.Klias.

 Puas hati yo........Bau Kesisang mendominasi udang sauh pada sesi pagi.

 First King...Saiz king yang berjaya dinaikkan pada awal pagi...susah menyeru King semasa air kabut.

 Lim Tat The Champion...Big boss Klias akhirnya menyerah diri. Selepas cas mata yang kalat@mengantuk Lim Tat tidak putus-putus menaikkan sauh..sebelum dikecewakan oleh rempuhan surut laju.
 Saiz Lokomotif yang menjunamkan rod.

 Layanan mesra dan lemah lembut merupakan tips yang penting dan membolehkan Bau Kesisang suksess pada hari ini

 Wakakakaka...ini sauh Lim Tat yang menghampakan saingannya. Ayam masih berlaga.

Kusyuk yo...lain kali tidur cukup-cukup..nasib baik masa tidur inda kena gambar....tunggu reel baru ku hujung bulan ni...

SIRI JELAJAH LAWAS 3

Siri Jelajah Lawas 3(SJL 3) baru selesai dilaksanakan, Peserta yang menghadirkan diri ialah Ako, Ck, Tg dan Awangku Adeoss. Tumpuan kali ini ialah muara sekitar Sg Trusan. Sungai ini menurut Tg dan Awgku selaku tuan tanah yang tidak pernah dikunjungi oleh pengilat. Kami menjadikan sungai ini sebagai medan menguji ketahanan dari semua aspek. Dikatakan sungai ini mempunyai stok ungah yang banyak. Spesis ini memungkinkan menjadi mangsa untuk dibuli atau kami menjadi mangsa pembulian. Jenama ikan yang kami sasarkan adalah ikan berjenama Ungah atau lauk Mirah (panggilan masyarakat setempat). Tidak dinafikan bahawa jenama Ungah dan kerapu Minyak yang berjaya dipujuk sangat perkasa ketika bertarung (bersifat Hulk). Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam.

Kes sangal tangan akan berlaku apabila ungah kerap kali menghentam gewang yang dihulurkan. Pose MJ yang terkorban di tangan Tg Rider.

1 lubuk 2 ungah adalah perkara biasa berlaku di sungai ini. Kami adalah antara pengilat yang pertama menjelajah sungai ini. Ako bersama ungah ke 2 dari 1 lubuk. gilos eh.

Penat melayan ungah sampai Tg Raider inda larat lagi berdiri. Ungah di sini meratai berskala 1 kg dan sungguh mengujakan.

Perkasa...
Ungah di sini sangat liar dan ganas apabila menyambar gewang. Kes rabut cukup banyak terutamanya dari boat CK dan Awangku.

Tg Raider bersama ungah yang menghentam gewang hanya dengan beberapa karauan sahaja.

Kesimpulan untuk siri jelajah Lawas ini bolehlah dikatakan masih terdapat banyak kawasan yang menyimpan stok ikan yang pelbagai, cuma faktor kesampaian dan kesukaran mencari boat di kawasan ini menghadkan pencarian kawasan yang bertaraf "hot spot". Hasil lain seperti kerapu minyak tidak ketinggalan dan sesi bergambar dengan spesis itu ditiadakan.

LIGA KING PANDIKI

liga King Pandiki memulakan tirai pada 26/10/2011 sempena Raya Deepavali peserta yang menyertai liga kali ini ialah Lim Tat, Bau Kesisang, Cigu Saari ( Pengarah drama bersiri Buka Celana) dan peserta tuan rumah Belacans. Acara ini sepatutnya bermula jam 7 am, terpaksa ditunda pada jam 8 am kerana enjin mangalami masalah teknikal, terpaksa tuan rumah ke hulu ke hilir mencari pembuka plag. Akhirnya masalah enjin selesai dan liga sesegeranya dimulakan dimulakan. Kondusi air yang mengalir linang-linangan menyebabkan para peserta tidak sabar dan sangat berharap dapat memujuk Sang King untuk secepat mungkin. Lim Tat pada awal lagi telah berjaya menaikkan 2 Kings dan terlalu optimis untuk menjuarai liga kali ini. Disangka mendung sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, ako selaku tuan rumah berjaya merapatkan jurang dan akhirnya menjuarai Liga King Pandiki dengan jumlah 5 kings, Lim Tat 3 kings, Bau Kesisang dan Cigu Saari 2 kings. Nasihat juara, para peserta diharap bersabar menunggu hari esuk untuk bertanding lagi. Di bawah adalah beberapa foto kenangan liga King yang sempat dimemorikan.

King super saiz yang membuatkan Bau Kesisang yakin akan menjuarai liga kali ini.

Perolehan awal spesis king pada pagi itu oleh Lim Tat membuatkan beliau ketawa besar dan mampu menewaskan tuan rumah.

King ke 2 pada pagi itu juga membuatkan juara bertahan mengatur strategi baru untuk memintas Lim Tat. Mana tahan didahulukan 2/0/0/0. Kami bertiga terpaksa bersorak tawar.

Cigu Saari yang tidak menyertai Liga Tapikong Papar tetapi mendapat wildcard untuk menjadi peserta Liga King Pandiki. Tahniah hasil pun boleh membuka celana.

Juara bertahan 2 kali dengan egos menaing King yang dicari-cari. 5 Kings yang diperolehi membolehkan ako dinobatkan juara kategori Kings Bagak dan Lim Tat juara udang paling banyak. Tahniah juga.

Liga ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih kerana menjayakan program Liga ini.

DARK WATER PANDIKI

Memandangkan cuaca yang tidak menentu dan ditambah lagi dengan berita amaran angin bertiup sudah pasti semua sungai/muara berkeadaan yang tidak sesuai untuk sesi mengilat. Ako mengambil keputusan ingin menduga udang sauh Sg Pandiki yang hampir 2 bulan tidak dilawati.Setelah banjir surut disekitar Sg Padas, umpan yang diperlukan dengan mudah didapati. Hanya beberapa kali cedok, cacing memenuhi baldi umpan. Seperti trip yang lepas, geng kali ini adalah peminat tegar udang sauh dari Papar (paradianku) iaitu Baukesisang, Lim Tat dan rakan sekolah Baukesisang. Kami turun dengan langkah kanan kerana cuaca, air dan hasil menyebelahi kami waktu itu. Udang bersaiz king kurang menguasai lubuk ketika ini. Sesi mengail udang sauh Sg Pandiki berakhir jam 600 pm. Di bawah adalah laporan bergambar aktiviti mengail sauh diKlias.

Mr.Anin pertama kali turut ke Pandiki dan bergambar dengan seekor sauh junoir yang bebuih mulut.

Pelanggan tetap Sg Pandiki, Mr Lim Tat tidak puas hati dengan hasil yang diperolehi dan bercadang mengapil balik jika ada masa.



Sauh Junior yang mendominasi hampir semua lubuk di Sg Pandiki. Saiz King hanya 6 ekor saja yang dapat didaratkan. Di gambar kelihatan Baukesisang bersama sauh bersaiz sederhana. Katanya janji menarik...betul tu.

Setelah ditimbang..syukur 5.6kg...bagi sama rata.