SAUH AIR DALAM MELAMPAU

  Pada Khamis lalu rancangan mengail udang sauh di Klias bersama Brader Bau Kesisang berjalan lancar. Sesi lepas beliau tidak dapat menyertai trip bersama Lim Tat dan saya kerana ada urusan rasmi. Panggilan sauh Klias sangat kuat dan tidak dapat dibendung dan akhirnya kami turun biarpun fenomena air pasang melampau melanda sungai dan lautan. Rupanya trip ini merupakan langkah kanan kerana jangkaan kami udang sauh tidak akan galak meragut umpan.....rupanya indah khabar indag rupa. Di bawah adalah beberapa foto yang dapat dirakam oleh brader Bau Kesisang. Terima Kasih.

 Dobol estrike.....Lorong Penyengat 3 merupakan persinggahan Sauh Besi yang kaw-kaw gila.

Bau Kesisang yang menerima junaman Sauh sangat berpuas hati dengan layan spesis ini, Cadangan mengulang trip sudah di kepala..kekeke

                                    
Fenomena air pasang luar biasa membongkar bapa-bapa Sauh yang bertapa sekian lama...ini namanya rezeki.


Rezeki dari Klias...setelah ditimbang hasil ini mencecah hampir 5kg. Hasil yang memuaskan hati peminat jenggo.

No comments:

Post a Comment