HARTA BIRU KLIAS

Trip ke dua selang sehari diatur memandangkan pada 7/6/2012 sauh galak meragut umpan. Jangkaan yang bermain di kepala ialah kemungkinan bapa-bapa jenggo akan memunculkan diri. Air pasang perlahan yang bermula pada jam 9am berterusan sehingga jam 4pm menandakan pesta Sauh akan bermula. Setelah memunggah segala keperluan, Ako dan Bau Kesisang terus mencari port yang pernah dilawati pada khamis lalu manakala Lim Tat dan skuadnya memilih port yang lain. Pemilihan tempat tersebut sangat bertepatan kerana keluarga jenggo bersidang dikawasan tersebut sehingga waktu petang. Rezeki sudah menyebelahi kami hari itu.Rod yang dipasang sebanyak mungkin..namun terpaksa dikurangkan kerana kesilapan teknikal (4 reel rosak). Kesimpulannya sabtu tersebut merupakan aktiviti memunggut jenggo di Sg Klias. Gambar dibawah adalah foto memori sewaktu membalun jenggo.Terima kasih


Rezeki di hujung hari...rasanya jumlah ini belum banyak jika dibandingkan dengan musim jenggo di Klias.

Sauh a.k.a jenggo yang sudah menjadi tetamu kami...saiz yang dinaikan cukup menghiburkan dan melenturkan rod

 Final...sebelum mengemas barang Lim Tat menerima lawatan jenggo yang dicari-cari.

Bau Kesisang merasa sangat berpuas hati dengan jumlah sauh yang dinaikan. Puaslah makan jenggo masak sos di rumah.

Mana mau lari ah...kondusi air yang baik banyak membongkar spesis ini...next time datang lagi...

No comments:

Post a Comment