SANG RAJA KLIAS

Sudah sekian lama tidak turun bersama, akhirnya Cigu Ruzlee bersetuju untuk turun meradar sauh klais, seingat ako tahun lalu adalah kali terakhir turun bersama beliau, almaklum sibuk sebagai guru hanya guru yang tahu. Memandangkan cuaca yang tidak menentu, kami tidak berharap langsung dengan hasil yang bakal diperolehi di sungai ini. Hujan yang kerap turun pada masa kini menyebabkan air sg Pandiki agak keruh sedikit dan sejuk. Mengingatkan musim sauh yang tidak ada menunjukkan isyarat mahu berhenti pada tahun ini, kami mencuba saja dibeberapa spot yang kerap dituju dan tempat baru yang berpotensi. Nampaknya percaturan kami tidak tersasar malah spot tersebut memberikan ganjaran yang tidak disangka-sangka. Dan hasilnya agak lumayan juga pada penghujung sesi mengail sauh ini. Dibawah adalah beberapa snap yang sempat dikongsi.

Cigu Ruzlee antara pemancing lama yang masih menduga Sg Pandiki untuk merasai keasyikan sauh Klias. Akhir trip, perolehan beliau seberat 4.8kg.

Tugas baru sebagi tekong amat berat untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk memujuk king sebanyak mungkin.
King lagi..selang beberapa saat king pertama naik. Siok melayan Sang Raja ini.

Berlatarbelakangkan kapal pelancong, sempat mendapat sorakan dari pelancong setelah menaikkan king. kambang jua eh. Bukannya selalu dapat peluang begini.

Antara Kings yang berjaya di "check mate" di Klias.

Diharap musim sauh di Klias sentiasa berpanjangan agar keseronokan melayan spesis ini mampu menyeronokan kita.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment