Sesi mengail udang untuk musim ini diteruskan dengan menjemput Mr.Hisam dari Lawas untuk mencuba pukulan Raja Klias. Sesi kali ini hanya untuk mengail sambil bersukaria di atas boat sebab lebih kurang beberapa bulan tidak duduk seboat dengan Mr.Tg setelah beliau berpindah station di Sipitang. Pasang surut yang tidak stedi dan masalah teknikal enjin menyebabkan trip kali ini diakhiri dengan gembira banyak, hasil sikit. Di bawah adalah memoir semasa trip.
Mr.Ruzlee dengan sepit biru.Terima kasih dengan sponsor umpan lebihan.
Raja yang paling besar dan panjang yang diperolehi pada sesi mengail kali ini.
Ini saja Raja yang ditabalkan pada kali ini. Hasil keseluruhan sangat mengecewakan tapi syukur.
No comments:
Post a Comment