liga King Pandiki memulakan tirai pada 26/10/2011 sempena Raya Deepavali peserta yang menyertai liga kali ini ialah Lim Tat, Bau Kesisang, Cigu Saari ( Pengarah drama bersiri Buka Celana) dan peserta tuan rumah Belacans. Acara ini sepatutnya bermula jam 7 am, terpaksa ditunda pada jam 8 am kerana enjin mangalami masalah teknikal, terpaksa tuan rumah ke hulu ke hilir mencari pembuka plag. Akhirnya masalah enjin selesai dan liga sesegeranya dimulakan dimulakan. Kondusi air yang mengalir linang-linangan menyebabkan para peserta tidak sabar dan sangat berharap dapat memujuk Sang King untuk secepat mungkin. Lim Tat pada awal lagi telah berjaya menaikkan 2 Kings dan terlalu optimis untuk menjuarai liga kali ini. Disangka mendung sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, ako selaku tuan rumah berjaya merapatkan jurang dan akhirnya menjuarai Liga King Pandiki dengan jumlah 5 kings, Lim Tat 3 kings, Bau Kesisang dan Cigu Saari 2 kings. Nasihat juara, para peserta diharap bersabar menunggu hari esuk untuk bertanding lagi. Di bawah adalah beberapa foto kenangan liga King yang sempat dimemorikan.
Liga ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Terima kasih kerana menjayakan program Liga ini.
No comments:
Post a Comment