DARK WATER PANDIKI

Memandangkan cuaca yang tidak menentu dan ditambah lagi dengan berita amaran angin bertiup sudah pasti semua sungai/muara berkeadaan yang tidak sesuai untuk sesi mengilat. Ako mengambil keputusan ingin menduga udang sauh Sg Pandiki yang hampir 2 bulan tidak dilawati.Setelah banjir surut disekitar Sg Padas, umpan yang diperlukan dengan mudah didapati. Hanya beberapa kali cedok, cacing memenuhi baldi umpan. Seperti trip yang lepas, geng kali ini adalah peminat tegar udang sauh dari Papar (paradianku) iaitu Baukesisang, Lim Tat dan rakan sekolah Baukesisang. Kami turun dengan langkah kanan kerana cuaca, air dan hasil menyebelahi kami waktu itu. Udang bersaiz king kurang menguasai lubuk ketika ini. Sesi mengail udang sauh Sg Pandiki berakhir jam 600 pm. Di bawah adalah laporan bergambar aktiviti mengail sauh diKlias.

Mr.Anin pertama kali turut ke Pandiki dan bergambar dengan seekor sauh junoir yang bebuih mulut.

Pelanggan tetap Sg Pandiki, Mr Lim Tat tidak puas hati dengan hasil yang diperolehi dan bercadang mengapil balik jika ada masa.



Sauh Junior yang mendominasi hampir semua lubuk di Sg Pandiki. Saiz King hanya 6 ekor saja yang dapat didaratkan. Di gambar kelihatan Baukesisang bersama sauh bersaiz sederhana. Katanya janji menarik...betul tu.

Setelah ditimbang..syukur 5.6kg...bagi sama rata.

No comments:

Post a Comment