MUSUH BERTEMU DI LORONG SEMPIT...

Ahad, (15 Mei 2011)....cuti hujung minggu kali ini ako dan Cigu Karim mengambil kesempatan untuk memenuhi tuntutan minat. Kali ini kami turun sekadar menjadi peninjau kawasan sungai-sungai sekitar yang telah lama ditinggalkan di era lampau. Kami bertolak lewat daripada kebiasaan. Jam 8 lewat beberapa minit kami memulakan sesi mengilat di sebuah sungai 18SX. Sambutan yang kami terima dari penghuni bawah sungai cukup galak tetapi tidak berpanjangan kerana aras air sungai sudah melimpasi had sepatutnya. Keputusan beralih sungai dipersetujui dan kami menuju sungai 18PL..dan suasana sunyi hanya ditemani dengan 3 sambutan spesis regular dan berjaya didaratkan...Akhirnya jam 200 pm..kami menamatkan sesi mengilat kerana tidak mahu mengambil risiko ketohoran dan sempat singgah di sebuah sungai 18U. Di bawah adalah beberapa cebisan photo yang berjaya dirakam dan dikongsi bersama. TQ

Pahlawan Sungai 18U
Kad Merah pertama yang diterima oleh Cigu Karim setelah melakukan rempuhan keras di spot merbahaya. Pahlawan Sungai 18U ini berskala 1.8 kg dan cukup gilos tentangannya. Tahniah CK

Super Tabau...
Kedegilan Kad Merah ini akhirnya luntur jua kerana Cigu Karim berjaya merayu kasih dengan permainan yang sangat mengasyikan.

Setelah ditotal, 9 kerapu Minyak (di Sungai 18SX dan 18PL), 1 Ungah (di Sungai 18U).

1 comment: