28 Mei 2011..Program meramai-ramaikan Sg Luaren telah berjalan dengan lancar. 4 boat dari Papar turun dengan penuh konfiden untuk mencari monster, namun 2 buah boat saja yang menyertai kami ke Sg Luaren. Jam 5 yang dinanti-nantikan akhirnya berlalu begitu saja kerana team dari Papar sampai ke jeti tepat jam 6am. Sudah pasti akan terlewat sampai ke Sg Luaren dan takat air pasang yang diintai-intai akhirnya mengalir lesu. Kesempatan yang ada hanya lebih kurang 4 jam hanya mampu menaikkan spesis regular seperti ungah, kerpau Minyak, Titir dan Langguran skala pinggan. Namun apa yang penting keseronokan berkampung di Sg Luaren tercapai dan hasil adalah perkara ke 2. Apa pun projek meneroka Sg Polis Angkasa Gaban akan terlaksana dalam tempoh terdekat. Saksikan photo-photo yang sempat dirakam.
No comments:
Post a Comment