WHITE BASS PAPAR

Salam geng...barangkali sudah lama ako inda menjenguk blog ako sebab banyak urusan sekolah..bukan nada bahan...ada cuma perlu utamakan kerja sekolah. Okey lah...Kelmarin Lim Tat telah mengatur satu trip yang ditunggu..iaitu musim Gelama kembali menghuni Muara Papar. Musim ini sangat ditunggu-tunggu oleh peminat gelama terutamanya pengail terutamanya ako/Lim Tat/Baukesisang/Saari/Erwin dan ramai lagi...Jadi di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil pada 21 April 2011.

Biar pun isinya tawar tapi seranganya yang bertubi-tubi menyebabkan fenomena ini menjadi igauan pengail dan musimnya sangat ditunggu-tunggu. Kelihatan Erwin bergaya dengan spesis gelama yang padat jika musimnya datang setahun sekali.

Boatman Lim Tat dengan White Bass yang menjadi mangsa musim ini. Di harap musim ini berpanjangan selama beberapa minggu.

White Bass Fan. Kesanggupan datang dari Beaufort menunjukkan bahawa spesis ini sangat istimewa. Selama 3 musim sudah ako tidak ketinggalan melayan White Bass ini.

Peminat White Bass tegar Baukesisang dan Cigu Saari. Banyak spesis ini dinaikan oleh geng ini. Barangkali lubuk bass ini ada dibawah boat.

Hasil yang ako dan Baukesisang. Hasil Lim Tat/Erwin/Cigu Saari tidak ada dalam gambar. Masa mengail bermula jam 730-11.30 am

No comments:

Post a Comment