PENJINAK QUICK SILVER

17 Maret 2011, Satu trip yang dirancang 2 minggu awal akhirnya berjaya dilaksanakan. Trip ini disertai oleh boat no 2( CK dan Mr Shuairi) dan boat no 3 (Belacans dan Mr Hisam). Spot yang dituju pada awalnya menuju Tg Lumut akhirnya tidak menampakkan hasil kerana kondusi air yang tidak sesuai, kalau dipaksa bolih membinasakan diri tu. Sesi mengilat yang berterusan pada awalnya dijangka hanya membawa spesis regular...akhirnya membongkar satu lagi misterius sungai Bintuka yang menyimpan isi galian yang tidak dijangka. Gambar-gambar di bawah adalah rakaman aksi 17 Maret 2011. Selamat menjamu mata.

"Lucky Man" .Mr Hisam berjaya merayu domba Quick silver berskala 3.6 kg, sekali gus memadamkan Quick Silver ku berskala 3.2 kg yang cuma bertahan 2 bulan lewat beberapa hari. Tahniah Mr Hisam.
"New posing"...Teknik bergambar yang bersifat alien (aneh) memyebabkan jurufoto hanya mampu menahan rasa yang bersalah ditambah lagi dengan hasil mengilat seekor Red Hot yang menjadi buruan pengilat.

Stail ini lagi dan Red Hot lagi...keupayaan deria Mr Hisam yang tajam membuahkan hasil yang bolih dibanggakan kerana dapat memujuk 2 MJ berskala pinggan dalam trip kali ini.

Spesis baru yang tumbang di Bintuka dan menjadi rekod peribadi Mr Belacans dalam mengumpul koleksi spesis ikan yang berjaya didaratkan. Bekalang berskala 400g saja.

Secara totalnya 1 Barramundi, 2 MJ, 1 Bekalang, 1 kerapu laki, 6 Kerapu minyak.Spesis Titir semua dilepaskan.

No comments:

Post a Comment