Trip tadi untuk sesi udang berjalan lancar.Jam 600 am Lim Tat dan Baukesisang sampai dirumah. sebelum turun ke Kota Klias, umpan cacing terpaksa dicari di Kg Mampagar. Hasilnya 2 baldi dapat dituai untuk kegunaan dua buah boat. Selain itu, Tuan Salleh bersama anaknya turut serta menguji udang sauh Kota Klias manakala Mr Matudin melakukan pelayaran solo. Selepas semua barangan dipunggah sesi mengail udang bermula. Hasil yang diperolehi amat memuaskan hati dan diharap lain kali Lim Tat dan Baukesisang inda jara ke sini. Terima kasih kepada Tuan Salleh kerana meminjamkan boat kepada kami. Gambar-gambar di bawah adalah akitivi yang sempat dirakamkan. Sekian

No comments:
Post a Comment