Bertemu kembali bus ku...trip ke Bintuka pada cuti sempena am digunakan untk memenuhi tuntutan rasa yang sudah 3 minggu inda beraksi di sana. Cuaca yang panas selama 3 hari membuatkan rasa hati betul-betul mahu turun. Rancangan diatur bersama Mr Hisam akhirnya berjalan lancar dan sesi mengilat ketika itu sememangnya banyak perkara yang tidak kena. Lontaran menyangkut berkali-kali, mangsa menghilangkan diri, air terlalu jernih menyebabkan ikan berhati-hati dan banyak lagi fiil yang melanda semasa trip ketika itu. Apa pun trip itu memberi kepuasan dan ternyata menghiburkan hati biar pun penatnya hilang setelah 3 hari berlalu. Gambar di bawah adalah sebahagian aktiviti mengilat. Sekian.
No comments:
Post a Comment