RED HOT 2.0 KG.

Cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya oleh Baukesisang dan Lim Tat untuk menduga Muara Papar petang tadi. Bersandarkan rekod yang dipegang oleh Baukesisang yang mendaratkan 2 kali ungah dan Lim Tat ingin membuat penampilan sulung menaikan ungah jika berjaya. SMS dari Lim Tat yang ako terima jam 715 pm menyatakan Baukesisang berjaya menaikan 2 ekor Red Hot yang berskala 500g dan paling membingungkan kepala adalah ungah berskala 2.0 kg. Red Hot ini merupakan rekod baru bagi Baukesisang dan rasanya Red Hot di muara Papar atu mula jinak dengan Si Bau. Lim Tat bila lagi...?

Solid...Red Hot 2.0 kg yang berjaya diperdaya.
Ini kali lah...........mungkin itu yang dikatakan oleh Bau semasa menuju muara Papar untuk mencari Red Hot...tahniah lu la Raja Muara Papar...

No comments:

Post a Comment