RED HOT PAPAR

Selepas kecewa mendengar muara Papar keruh akibat hujan, selang 2 hari Bau Kesisang dan Pajil The Lampam menduga semula muara Papar setelah kondusi air semakin baik. Petang Ahad Baukesisang dan Pajil The Lampam memulakan sesi troling, akhirnya Baukesisang untuk kali ke dua menerima sambaran kasar yang berjaya dikawal meskipun Red Hot menyeret ke rahas yang berhampiran. Akhirnya Red Hot bagak berjaya didaratkan dengan jayanya. Di bawah adalah sebahagian gambar Baukesisang dengan Red Hot berskala 1.5 kg. Tahniah.

Red Hot 1.5 kg mengabdikan diri dengan Baukesisang sebelum menjadi santapan.

Tagap...Red Hot yang berjaya dipujuk dengan Storm Thunder Crank.

Kemunculan 3 kali Red Hot di muara Papar (Ako mendaratkan seekor Red Hot /Baukesisang 2 ekor Red Hot) memungkinkan banyak lagi spesis ikan gred A akan dinaikan dengan mengilat sahaja. Dalam bulan ini juga ako dan cigu Karim akan menduga muara Papar..mana tau ada yang lebih kanyat-kanyat.

No comments:

Post a Comment