WHITE BASS a.k.a GELAMA BERKAMPUNG LAGI...

Setelah lama menanti kemunculan spesis ini, akhirnya suasana meriah kembali apabila spesis white bass ini memunculkan diri di muara Papar. Para peminat ikan ini terutamanya kami yang meminati tarikan/sirukan/gulungan gelama ini tanpa membuang masa terus menduga. Berdasarkan tanda-tanda geografi seperti muara yang tenang memberi isyarat bahawa spesis ini akan berkampung lagi. Kondusi muara yang keruh membolehkan kami menumpukan sepenuhnya dengan aktiviti menngaut gelama. Sesi kasting ketika ini berhenti buat seketika. Apa yang menarik tentang gelama ini teknik pancingan pegun atau statik menyebabkan kuantiti yang diperolehi tidak memuaskan hati. Dengan teknik yang ada maka tidak hairanlah pada hari pertama kami menduga spesis ini membolehkan kami menaikkan sebanyak 43 ekor bersamaan 5.40kg dalam tempoh 2jam 30 minit. Nyaman betul menarik.


No comments:

Post a Comment