NIBEA SOLDADO:LAST SESSION

Musim gelama berkampung di muara Papar hampir sampai ke penghujungnya. Pada hari minggu lalu, sekali lagi ako, Lim Tat dan Bau Kesisang menduga spesis ini, berbekalkan umpan yang segar dari ladang Benoni, kami memulakan pencarian spesis ini pada 7.00 am. Tidak lama menunggu sedutan gelama dirasai dan satu demi satu ikan ini dinaikan. Penggunaan teknik pancingan gelama yang betul menyebabkan boat kami saja yang kerap menaikkan spesis ini. Tempoh gelama berkampung dimuara ini sangat singkat iaitu 2 minggu sahaja jika dibandingkan musim-musim yang lalu. Diharap musim yang akan datang persidangan gelama akan lebih lama.

Bau Kesisang bersama gelama yang berjaya dirembat dari dasar air. Penggunaan BC tidak praktikal berbanding spining tetapi sangat menyeronokkan.

Kedatangan kami ke muara ini dilayan baik oleh masyarakat gelama di sini..buktinya ada tetamu yang sudah mengjenguk kami di atas boat.Jumpa lagi kami tahun hadapan.
Strike yang bertubi-tubi inilah yang menjadikan pancingan gelama di muara ini dinanti-nantikan dan digilai oleh pengail macam kami.
Hasil pancingan Bau Kesisang. Kuantiti ini sangat sedikit jika dibandingkan pada musim-musim lalu. Pernah mencatatkan 160++ ekor gelama dalam sekali sesi. Dianggarkan pada sesi kali ini gelama yang didaratkan sebanyak 20kg (dalam 4 kali sesi). Gelama ini akan dijadikan menu yang sangat sedap.."Gelama Liking"

No comments:

Post a Comment