CHOP STIK TAHUN BARU

Setelah 2 minggu tidak turun mengilat juga disebabkan oleh kesihatan tidak mengizinkan, akhirnya trip yang dirancang berjalan dengan lancar. Geng dari Papar juga tidak ketinggalan dalam trip kali ini. Tujuan trip ini dibuat adalah untuk memberi panduan kepada geng Papar supaya di lain masa boleh menuai hasil yang memberangsangkan di Bintuka. Bukan untuk mengajar tetapi bersama-sama menimba ilmu di samping mengeratkan ciri kekawanan. Berpandukan keadaan air surut pada skala 0.4m dan pasang pada skala 1.4m, keadaan sungai cukup memeritkan untuk menunggu pasang...tambahan lagi hujan yang turun berkala menambah ketensionan mengilat. Gambar di bawah adalah aksi yang sempat dirakamkan. Selamat menjamu mata di blog ini...sekian

Super Red Hot berskala 1.48kg ini memberi tentangan yang padu di awal pagi

Red Hot berskala junior yang mencuri gewang dekat dengan boat semasa mengarau.

Super Junior Red Hot yang tergoda dengan gewang Mr Hisham akhirnya terkulai layu di tangan

Apa punya spesis yang makan rod ako ini...pertarungan dengan spesis yang tidak mahu penat ini membuatkan ako berputih mata...namun suatu hari nanti kita akan bersua dilorong sempit...ku tunggu masa itu....

Hasil yang dikira banyak sewaktu kondusi air yang kurang lawa. 11 kerpau minyak, 3 Red Hot dan 1 titir.

No comments:

Post a Comment