HARI YANG SUKAR DI BINTUKA

Hisham bermonolog dalaman "MJ...oh..MJ ako datang untuk mu..."namun MJ yang dicari tiada memunculkan diri...sabar...

Kerapu yang merenjat Tail Dancer apple ku dapat dinaikan pada jam 700 am....sarapan apple hijau berbentuk ikan membangkitkan selera kerapu pertama.

Kerapu ke 2 dan paling bagak serta menjunamkan rod dalam trip ini..membuatkan Hisham senyum lebar..aliran elektrik ini berlaku sekitar jam 730 am...semasa gewang berenang di tengah sungai...kelaparan barangkali.

Languran tunggal dan ikan ke 3 dalam trip ini. Balingan dan karauan pertama membuahkan hasil yang dikira bonus sewaktu kondusi air yang kurang baik. Tail Dancer apple melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu berkesan sekali. Diperolehi sekitar jam 430 pm.

Kerapu ke 4 dan terakhir. Lontaran di spot sukar membuahkan hasil apabial Hisham berjaya memujuk dan memaksa ikan ini keluar dari banglonya. Kecekapan melontar disudut sukar tanpa rasa bosan membuatkan ako memberikan tabik spring berskala 8 koil untuknya...Tahniah tuan.

No comments:

Post a Comment