AKO, UNGAH DAN MUARA PAPAR

Malam tadi ako dan Lim Tat bercadang untuk mengilat di Muara Papar..setahu ako..belum ada individu yang mencuba menggunakan kaedah mengilat di Muara Papar..kalau ada pun tidak ada penjelajahan spot seperti yang kami lakukan dengan Lim Tat. Setelah beberapa belas tahun tidak melalui kawasan tersebut (laluan ke Pangkalan Besar a.k.a tanah perkuburan). Kini jalan raya sudah mengakses ke kawasan perkuburan. Laluan sungai ini ditinggalkan begitu sahaja kecuali bagi nelayan berehat, mengambil pucuk nipah, membuat tuak, dan pemancing dasar serta Mat Rawai beroperasi. Ini adalah sebahagian gambar yang sempat diambil sekadar memori dan penjelajahan seterusnya nanti.

Ungah tunggal yang berjaya digoda pada sesi pagi tadi.

Close up ungah dengan TDD Orenge Craw.

Lim Tat sangat santai mengilat cuma berseluar pendek dan bersenglet..rezeki belum sampai sebab Lim Tat sudah menaikkan Barra dua hari yang lalu.

Kembali nanti..tidak boleh dibiarkan...

Ungah dan Barra mendominasi kawasan muara Papar ini..kalau nasib baik..Kanai sedia menanti..

No comments:

Post a Comment