REVENGE OF FALLEN PART 2

Akhir trip..sebanyak 11 ekor ikan campur-campur yang berjaya dibawa naik. Trip kali ini agak berjaya disebabkan program lalu cuma membawa 4 ekor ikan sahaja. Untuk Raider " Gua intai lu di Lawas nanti....hati-hati..loo"

MJ kasar yang ditumbangkan oleh Raider menggunakan TDD HIJAU KAPUH pada sebelah petang...akhirnya permintaan Raider dimakbulkan setelah berusaha mengilat tanpa rasa lenguh dibahagian ketiak...tahniah..

TDD HT yang memeningkan kepala pihak musuh sepanjang trip ini..warna HT jarang dipencenkan awal..bertugas dari pagi sampai petang. Mangsa terbaru Languran bersaiz mengenyangkan perut orang dewasa.

Peserta wajib yang gemar melaporkan diri ketika sesi mengilat diadakan. Rasanya stok kerapu Hitam sangat banyak di Bintuka. Kerapu ini masih mendominasi hasil tangkapan.

Languran yang terpedaya dengan TDD BLUE OCEAN. Rasanya gewang Tail Dancer mempunyai keunikan tersendiri dalam menggoda mangsanya. Apa pun gewang lain pun mempunyai hikmat yang hebat. Gambar pengilat dan mangsa akan dipost pada siri akhir laporan REVENGE OF FALLEN PART 3.












No comments:

Post a Comment