UNGAH MANDAHAN LAGI....

Selepas balik dari Beaufort..Lim Tat dan Awang Amas mencuba nasib cast di Mandahan..pagi tadi Lim Tat belurih seikong..sudah ditungap...lebih kurang jam 6 pm, Lim Tat antar mms gambar ungah...kali ini giliran Awang Amas strike...rezeki dan masak sos tiram lagi..kata Lim Tat, berat ungah ini cun-cun 1kg...perfect joni....

UNGAH MANDAHAN

Lim Tat singgah lagi di Sg Mandahan sebelum ke Beaufort untuk urusan peribadi. Berdasarkan laporannya, 1 ekor rabut dan disyaki angkara ungah anggaran 1-2 kg. Cuma seekor saja yang naik dan diabadikan dalam gambar.
Close up ungah Mandahan dengan set casting. Reel Silver Max/Rod Protech/Lure Eupro Red Head. Akhirnya.....................tiada siapa yang menduga..

Pengakhirannya..ungah yang menjadi rezeki Lim Tat dapat dikongsi 4 orang...sebab ungah berskala table saiz...ha...ha..ha..syukurian..

JALAK LENTENG KG LAUT




Buat tatapan peminat jalak/haruan hasil cast diatas adalah kerja abang saya sejak cuti...sesekali balik kampung, tidak miss mencuba jalak dibelakang rumah. Perhatikan sungai dibelakang, sungguh cantik spot casting..senang dan hampir..jadi saya mempelawa sesiapa yang berminat, datang ke kg Laut..jumpa adik saya Lim Tat..dia sudi membawa anda round lubuk jalak...

UDANG HUJUNG TAHUN 2009

22 Disember 2009 (Selasa)........seperti biasa ako, Matudin dan Cigu Majit turun ngail di Sg Kota Klias. Keadaan air yang cun gila menyebabkan kami belurih melampau..Hasilnya, ako dapat 38 ekor semuanya. 11 sauh big mama dan 27 ekor sauh yang sedang-sedang dan enak ditungap. Gambar seorang-seorang bersama udang inda ku ambil...sebab cuaca telampau panas sampai itam lagam leher.
Ini hasil Matudin..rasanya ada fight jumlah dengan udangku...susah mau kalahkan Matudin atu...sebab senjatanya banyak..ako makai 5 rod ja tadi...inda apa yang penting hasil ada masyuk....lagi pun Matudin mahir lubuk..GPS jalama...sekian terima kasih.

PUJAAN HATI....

Ungah pertama yang dicast oleh cigu Karim memberikan tentangan yang cukup kuat.Perhatikan kayu tumbang dibelakang...sarang penyamun tarbus....
Ungah ke dua yang dicast..juga ditempat yang sama..mangkali pusat pertemuaan ungah masa itu..sangat teruja semasa berentap dengan penghuni muara ini...
Kerapu ketiga saiz nyaman yang ako dapat semasa troling...hari itu sangat malang kerana ako inda dapat lauk dengan cara cast...inda apa..sama saja motif troling dan casting..iaitu mencari ikan...nikmatnya berbeza-beza...itu pendapat sebahagian manusia yang GILAKAIL...



SARAPAN PAGI...

Kerapu pertama yang dinaikan oleh cigu Karim. Sesi troling tidak sampai 10 minit..ini merupakan kerapu terbesar.
Giliran ako menaikan kerapu. Jarak tidak sampai 1 meter dari kerapu pertama dinaikan.

Kerapu ke tiga yang dinaikan dikawasan yang sama....berdasarkan pemerhatian kawasan ini merupakan lubuk kerapu..jarang mengecewakan jika mencuba di kawasan ini. Jangan lupa, ada lagi gambar mau ko post....sekarang sibuk membaiki komputer...

TRIP MELANGGAK DI WESTON.....

Hasil keseluruhan yang kami peroleh semasa cast dan troling dengan cigu Karim..berat keseluruhan inda tahu.Hasil dari mengail ani 4 ungah/8 kerapu laki/7 titir (pengacau/penghibur). Gambar di atas/di bawah untuk tujuan prebiu saja..gambar semasa berentap dengan ungah dan kerapu akan saya post pada hari lain..tq.

Kerapu yang tamak haloba menyambar gewang inda sampai seminit dalam air....ganas..ganas..


Strike ke 2 selepas cigu Karim, juga tidak sampai seminit...alamat kami berpesta ikan sampai petang di muara Weston...betul jangkaan kami.....syukur dengan rezeki....


COME ON BIG MAMA...

Juara sauh paling banyak...jangan tembirang juh..ayam masih belaga....ada lagi trip.Bekalan aura dari cap Columbia baru....
Sauh yang melayakkan Lim Tat menjadi juara sauh musim hujan....udang yang menghilangkan semangat ku sebagai juara...

Juara Tangkapa paling pantas dilubuk kegemaran....ketensionan breder Pantahan berada tahap tertinggi bila 2 lubuk tidak menghasilkan sauh..sabar.....ada masa lagi..


Juara sauh bersapit biru....saat akhir mendapat angutan..inda sampai 3 minit merandam umpan..sudah kana sambar.....begagar luati ku..bila meliat sapit muncul dari dalam aing..yang lain lucut...



Juara Rod paling banyak dan tangkapan sauh paling banyak dilubuk Penjamuran...jangan dinafikan kebenarannya...kamu saja yang tau tu..




Hasil keseluruhan sauh musim hujan/air laju...memang payah mendapat hasil 2kglebih ani semasa air tidak menentu...untuk tatapan KOB..anda dijemput menyertai pengailan sauh di Weston pada trip akan datang...bangku simpanan untuk KOB sudah booked..

HARI KETIGA..SI JALAK LENTENG


Projek pagi tadi, breder sama cigu Saridan mendalak lagi..ari ani ja 2 ikong naik..malaskan memajal jalak atu..mun diround sepanjang sungai atu..bulih dapat bepuluh ikong. Saja main-main sebab lubuk belakang rumah ja...semua jalak yang dikail..lepas balik..kecuali ada permintaan bagi yang baru opret/bersalin/besunat..semua dibagi percuma...

JALAK KG.LAUT LAGI......


Satu lagi hasil jalak di sungai belakang rumah (Papar)..pagi tadi breder sama anaknya cast dan menghasilkan seikong jalak...aing tu inda berapa tohor..kalau ngam tohornya..banyak tu naik..sekadar membuang masa di samping melawat beliau di kampung..ingin menduga, datang ja ke Kg Laut Papar...sekian

PERCUBAAN....


Masih berbisa sungai dibelakang rumah saya ani(kg Laut Papar)..jalak masih mengganas..rehat dari menjaga STPM...brader saya cuba mengilat jalak dengan senjata baru(kuning berkilauan)..masih belum teruji kekuatannya..yang penting menarik dan kepuasan...daripada langsung tara..TQ