SELAMAT HARI RAYA KORBAN


SELAMAT MENYAMBUT RAYA KORBAN SAYA UCAPAKAN KEPADA BLOGERS YANG MENGUNJUNGI BLOG GILAKAIL.
DARI:BELACANS AND FAMILY.

KANTOI LAGI........



Karapu ani tewas lagi di tangan saya. Padang tempur kali ini ialah di muara Maidin Weston. Saya dan Matudin bertolak dari Menumbok seawal jam 630am. Menjelajah lubuk ikan di sekitar Muara Weston lebih mudah jika bermula dari Menumbok. Trip ke dua dari Menumbok ini masih lagi menghasilkan ikan karapu. Keadaan air semasa mengilat agak sederhana baik kerana air semacam cincau cair..jadi dalam sebulan ini rehat sebab hujan mempengaruhi kualiti air..sekian

OTAI BETUL..







Ini gambar semasa ngail sauh petang tadi..kami mula 3PM-5PM..hujan dan petir di Beaufort..sebab trip cast tidak menjadi sebab tidak tau lubuk..jadi inilah plan B saya dan Matudin..walaupun air sungai sejuk dan tawar..dengan keotaian Matudin selaku pengail veteren di Klias, beliau berjaya menjejaki lubuk-lubuk sauh sepit biru..pengamatan beliau setara macam fish finder dan GPS.Kung..kung..kung...Jumlah sauh beliau daratkan 21 ekor..saya 12 ekor saja...lain masa cuba lagi..TQ.



LAGI-LAGI SAUH...





Plan awal saya dan Matudin ingin mencuba mengilat di Sungai Gerama jiran Sungai Klias..tapi trip ini lebih kepada eksplorasi..jadi main tibai saja mengilat tadi..kira ok lah sebab tinjau tempat..trip ke 2 nanti....baru meliggan banar..tunggu ja kabar...Jadi tiada hasil, plan B muncul dan hasilnya apa yang anda lihat....

GARUT-GARUT

Hasil pancing dasar dimuara Bundusan. Tempat ani ada potensi untuk kaki cast..kan dicuba,kalau balik kampung...termasuk muara sungai Papar..tunggu ja kabarnya..

PUKULAN SUTERA


Kawan ini pengail botom..tapi kana karan cast.kesan karan sudah sampai ke saraf otak bahagian srebelum. Jadi ani hasilnya mengilat seeikong Languran...tahniah. Pot cast di Sutera Harbour KK

RAPTAI MENGAIL SAUH..





Inilah gambar yang sempat saya ambil masa ngail sauh diKlias...saja main-main ngail udang sauh ni....lagi pun saja menghilangkan penat selepas raptai sukan dan sukan akan berjalan pada 13.11.2009 (Jumaat). Melayan sauh penuh emosi...siok betol...

SAUH 3 JAM




Ini adalah hasil ako danMatudin ngail sambil melihat pemandangan sungai Klias setelah panat raptai sukan tadi, hari masa atu cukup cerah...selepas ambil umpan (2x skop ja, panuh baldi) kami tarus ke sungai, tepat jam 230pm, kami ngail dan ako dapat tarikan(gambar udang diatas..basarkan ampulur..kung..kung..kung..). sesi ngail kami abis jam 530pm..dan hasilnya seperti diatas...cukuptah untuk makan malam....

MANGSA PERCUBAAN




Inilah hasil yang saya perolehi semasa mengilat di muara Weston...kehampaan beberapa kali cast di kawasan ini terubat dengan hasil yang tidak seberapa ini. Biar pun laba tidak banyak, tetapi kepuasan terpancar diwajah (semasa bergambar). Apa pun saya ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana usaha mencuba baitcaster reel dan hasil yang diperolehi. Kepada yang ingin mencuba, banyakkan bertanya dan merujuk bahan yang sedia ada ia internet. Tidak rugi mencuba teknik baru.


MANGSA RAGUT




Ini hasil aktiviti mengilat dimuara Weston. Hanya 3 ikong saja yang strike dan didaratkan dan dimakan. Biarpun 3 ikong,namun kepuasan tetap ada sbb penggunaan baitcaster membuahkan hasil di padang yang sebenar..Bagi casters yang ingin mencuba baitcaster low profile..seungguh enak dipakai..apa tah lagi ada hasil..macam peserta pengail lauk Bass. Di atas adalah hasil percubaan menggunakan low profile reel. Gambar penuh nanti ku post..nampakan hasil dulu...

MANGSA KOTA KLIAS

Bagi penggemar nanggalah, jika ingin merasa kesiokan ngail makhluk merayap ini dipersilakan datang ke Kota Klias. Ini adalah hasil mengail bersama Kapten Ombak Biru. Untuk makluman Kapten, penjaga Sungai Klias susah mahu dikalahkan. Masa akan datang kita berentap lagi di Weston..atur ja masa Kapten.