Siri Jelajah Lawas 3(SJL 3) baru selesai dilaksanakan, Peserta yang menghadirkan diri ialah Ako, Ck, Tg dan Awangku Adeoss. Tumpuan kali ini ialah muara sekitar Sg Trusan. Sungai ini menurut Tg dan Awgku selaku tuan tanah yang tidak pernah dikunjungi oleh pengilat. Kami menjadikan sungai ini sebagai medan menguji ketahanan dari semua aspek. Dikatakan sungai ini mempunyai stok ungah yang banyak. Spesis ini memungkinkan menjadi mangsa untuk dibuli atau kami menjadi mangsa pembulian. Jenama ikan yang kami sasarkan adalah ikan berjenama Ungah atau lauk Mirah (panggilan masyarakat setempat). Tidak dinafikan bahawa jenama Ungah dan kerapu Minyak yang berjaya dipujuk sangat perkasa ketika bertarung (bersifat Hulk). Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam.
Kes sangal tangan akan berlaku apabila ungah kerap kali menghentam gewang yang dihulurkan. Pose MJ yang terkorban di tangan Tg Rider.
Penat melayan ungah sampai Tg Raider inda larat lagi berdiri. Ungah di sini meratai berskala 1 kg dan sungguh mengujakan.
No comments:
Post a Comment