Malam tadi ako dan Lim Tat bercadang untuk mengilat di Muara Papar..setahu ako..belum ada individu yang mencuba menggunakan kaedah mengilat di Muara Papar..kalau ada pun tidak ada penjelajahan spot seperti yang kami lakukan dengan Lim Tat. Setelah beberapa belas tahun tidak melalui kawasan tersebut (laluan ke Pangkalan Besar a.k.a tanah perkuburan). Kini jalan raya sudah mengakses ke kawasan perkuburan. Laluan sungai ini ditinggalkan begitu sahaja kecuali bagi nelayan berehat, mengambil pucuk nipah, membuat tuak, dan pemancing dasar serta Mat Rawai beroperasi. Ini adalah sebahagian gambar yang sempat diambil sekadar memori dan penjelajahan seterusnya nanti.
No comments:
Post a Comment