PESTA RAJA-RAJA PANDIKI

Ahad (9/9/2012), walaupun air pasang surut yang tidak seimbang di tambah lagi cuaca yang tidak menentu, trip menduga Sg Pandiki tetap diteruskan. Umpan yang sukar dicari disebabkan Sg Padas mengalami paras air tinggi akibat hujan di hulu (Tenom). 2 kali disimbah air hujan pagi dan tengahari menyebabkan suhu air sungai menjadi tidak menentu dan udang sauh yang dicari menyapa dalam bentuk yang berkala. Air sungai yang kabut@keruh menyukarkan lagi keadaan mencari spesis ini. Di akhir trip rezeki tetap datang dan jumlah yang dapat kami tarik dari Sg. Pandiki lebih kurang 6kg...syukur. Di bawah adalah gambar yang sempat disnap. Hujan menghadkan sesi mengambil foto. Terima kasih kerana melawat blog GILAKAIL ini.

 Ini saja yang dapat dibawa balik...King yang ada cukup memuaskan hati. Sebahagian dibawa balik oleh Cigu Ruzlee.

 Saiz pemuas hati selamat didaratkan oleh Cigu Ruzlee. Sesi mengumpul tetap diteruskan.

Rezeki air surut dan basah kehujanan..udang sauh ketika ini galak memakan umpan dibahagian air cetek. Biar basah janji jenggo

 Selamat datang King...layanan mesra yang diberikan kepada Sauh di lorong Penyengat.

 Special....serangan udang Sauh kiri dan kanan menyebabkan penggunaan joran dikurangkan..Saiz king tetap dapat dipujuk.

 Hampir terlepas...udang sauh yang terpijak mata pancing...sangut dekat kaki saja..naik tetap naik.

 Pukulan Penyengat.....baju yang menyerupai udang Sauh menjadi taruhan cigu Ruzlee. Mau cari baju ni di kedai..

 Datang lagi..di kawasan ini saja 4 Kings dapat di tewaskan...air yang malu-malu surut ini memeningkan kepala dimana hendak parking menjenggo.

 Super model Jenggo....walaupun basah dan kering..acara bergambar jangan lupa..jenggo tetap di tangan.. 

 Kapitan Sg.Klias yang berpangkalan di port Kelapa Nan Sebatang membuktikan ada spesis kasar dan sepit yang panjang berinci-inci..

 Waktu pagi yang nyaman sebelum hujan turun berserta angin..tapi sekejap saja. Air surut laju dan kabut merungsing kepala.

Naik lagi...kiri kanan king..senyuman meleret seperti jenggo meleretkan tali pancing....nikmat menjenggo

HARI BERTEMU PELANGGAN


15 Syawal (bulan mengembang penuh sampai kesiangan)..sudah sebulan tidak melawat Sg Pandiki, maka rancangan menduga sauh di sini berjalan dengan lancar, seperti biasa Lim Tat dan Bau Kesisang menjadi pelanggan tetap trip kali ini.Lim Tat menjadi boatman dan ako menjadi mandur ditengah-tengah.Caruk seperti biasa dibooking oleh Bau Kesisang. Kondusi air yang keruh pada awal pagi seolah-olah ingin menidakkan keseronokan mengail. Air yang pasang besar membolehkan air kembali jernih dan memberi peluang kami memunggut udang selagi mampu..hasilnya jam 4.30pm kami menamatkan trip dengan kutipan sauh sebanyak 117 ekor. Di bawah adalah foto-foto yang sempat dirakam.

 Rezeki 15 Syawal...117 ekor menyerah diri di Klias. Ang Paw raya Sg.Klias.

 Puas hati yo........Bau Kesisang mendominasi udang sauh pada sesi pagi.

 First King...Saiz king yang berjaya dinaikkan pada awal pagi...susah menyeru King semasa air kabut.

 Lim Tat The Champion...Big boss Klias akhirnya menyerah diri. Selepas cas mata yang kalat@mengantuk Lim Tat tidak putus-putus menaikkan sauh..sebelum dikecewakan oleh rempuhan surut laju.
 Saiz Lokomotif yang menjunamkan rod.

 Layanan mesra dan lemah lembut merupakan tips yang penting dan membolehkan Bau Kesisang suksess pada hari ini

 Wakakakaka...ini sauh Lim Tat yang menghampakan saingannya. Ayam masih berlaga.

Kusyuk yo...lain kali tidur cukup-cukup..nasib baik masa tidur inda kena gambar....tunggu reel baru ku hujung bulan ni...

PILU DI SG KLIAS

Trip hujung minggu 1 Julai 2012 merupakan trip yang sangat menghampakan. Banyak 'error' yang berlaku. Sudah pun kepayahan mencari umpan di Sg Padas disebabkan keadaan sungai yang terlalu tohor...hampir sejam juga saya menggali cacing..penat belakang cerita janji ada umpan. Masalah kedua muncul tiba-tiba enjin sangkut buat hal..start bertubi-tubi tidak mahu hidup..pembuka plag pun tinggal..adui..masalah..terpaksa beli plag dan pembuka plag. Jam 800am masalah selesai...namun sesi mencari sauh tidak serancak minggu-minggu sudah. Pasang surut air yang mengecewakan, kerana keadaan air pasang laju dan surut laju menyebabkan pencarian sauh ditahap 'hijau anak mata'. Akhirnya jam 230pm kami mengambil keputusan untuk menamatkan program ini. Hasil udang sangat memilukan..hanya 13 ekor saja yang dapat didaratkan, itu pun waktu pagi. Apa pun akan dichoba pada masa akan datang. Dibawah adalah gambar yang sempat dirakam.
Bau Kesisang bersama kargo yang dapat dipintas dilorong Penyengat 3.

                     
 Lagi kargo saiz melenturkan joran...tapi saiz begini tidak banyak melanggar susunan rod kami.
Trip ini sememangnya meletihkan dan membakar kulit.

                   

HARTA BIRU KLIAS

Trip ke dua selang sehari diatur memandangkan pada 7/6/2012 sauh galak meragut umpan. Jangkaan yang bermain di kepala ialah kemungkinan bapa-bapa jenggo akan memunculkan diri. Air pasang perlahan yang bermula pada jam 9am berterusan sehingga jam 4pm menandakan pesta Sauh akan bermula. Setelah memunggah segala keperluan, Ako dan Bau Kesisang terus mencari port yang pernah dilawati pada khamis lalu manakala Lim Tat dan skuadnya memilih port yang lain. Pemilihan tempat tersebut sangat bertepatan kerana keluarga jenggo bersidang dikawasan tersebut sehingga waktu petang. Rezeki sudah menyebelahi kami hari itu.Rod yang dipasang sebanyak mungkin..namun terpaksa dikurangkan kerana kesilapan teknikal (4 reel rosak). Kesimpulannya sabtu tersebut merupakan aktiviti memunggut jenggo di Sg Klias. Gambar dibawah adalah foto memori sewaktu membalun jenggo.Terima kasih


Rezeki di hujung hari...rasanya jumlah ini belum banyak jika dibandingkan dengan musim jenggo di Klias.

Sauh a.k.a jenggo yang sudah menjadi tetamu kami...saiz yang dinaikan cukup menghiburkan dan melenturkan rod

 Final...sebelum mengemas barang Lim Tat menerima lawatan jenggo yang dicari-cari.

Bau Kesisang merasa sangat berpuas hati dengan jumlah sauh yang dinaikan. Puaslah makan jenggo masak sos di rumah.

Mana mau lari ah...kondusi air yang baik banyak membongkar spesis ini...next time datang lagi...

SAUH AIR DALAM MELAMPAU

  Pada Khamis lalu rancangan mengail udang sauh di Klias bersama Brader Bau Kesisang berjalan lancar. Sesi lepas beliau tidak dapat menyertai trip bersama Lim Tat dan saya kerana ada urusan rasmi. Panggilan sauh Klias sangat kuat dan tidak dapat dibendung dan akhirnya kami turun biarpun fenomena air pasang melampau melanda sungai dan lautan. Rupanya trip ini merupakan langkah kanan kerana jangkaan kami udang sauh tidak akan galak meragut umpan.....rupanya indah khabar indag rupa. Di bawah adalah beberapa foto yang dapat dirakam oleh brader Bau Kesisang. Terima Kasih.

 Dobol estrike.....Lorong Penyengat 3 merupakan persinggahan Sauh Besi yang kaw-kaw gila.

Bau Kesisang yang menerima junaman Sauh sangat berpuas hati dengan layan spesis ini, Cadangan mengulang trip sudah di kepala..kekeke

                                    
Fenomena air pasang luar biasa membongkar bapa-bapa Sauh yang bertapa sekian lama...ini namanya rezeki.


Rezeki dari Klias...setelah ditimbang hasil ini mencecah hampir 5kg. Hasil yang memuaskan hati peminat jenggo.

KHABAR DARI GULUNG-GULUNGAN...

Rasanya sudah lama blog gilakail ini tidak update..apa tidaknya kesibukan yang datang berduyun-duyun sama ada urusan keluarga atau pun urusan sekolah. Cuaca yang tidak menentu juga merupakan salah satu faktor kenapa ako tidak aktif mengemaskini blog ini. Conggak punya conggak, 1 Mei 2012 merupakan tarikh yang sesuai untuk mencuba nasib mengilat tambahan carta air yang menunjukkan air bersifat bani terpaksa diradak juga. Trip ini tetap berjalan cuma masa sengaja dipendekkan. Jam 700am kami memulakan sesi dan jam 2.00pm kami balik ke jeti. Hasil yang diperoleh pun sekadar untuk dibuat lauk malam saja. Hasil keseluruhan dengan CK cuma 1 selungsung/6 kerapu minyak/1 titir. Gambar yang dirakam cuma 3 keping. Terima kasih.

 Kerapu Minyak yang berjaya digoda dengan SP. Lama memujuk KM saja yang sudi melayan SP.
Super bonus yang berjaya menjadi habuan CK. Lontaran pertama menghasilkan selungsung muda yang sehat dan berkudrat. Lokasi pilihan di Sg.Gulung-gulungan saja.
Kepuasan.........biar pun skala tidak mendebarkan...tetapi akrobatiknya mengasyikan dan pengilatnya melihat penuh syahdu.Tahniah CK

SERANGAN NIBEA SOLDADO LAGI..

Lim Tat bersama segerombolan gelama yang berjaya ditumpaskan. Serangan spesis ini menyebabkan baldi yang dibawa berstatus "box office". Jumlah gelama yang berjaya ditawan sebanyak 72 ekor.

Bonus ...Kapal piring gelama yang mendarat di muara sungai dapat dinaikan.

Harmi bersama dengan tentera Nibea Soldado. Rod Cahaya membawa tuah...

Sebahagian gelama yang sudi menjadi tetamu boat Pendekar Laut. Punca utama kekalahan Soldado adalah keramat dari Rod Cahaya Harmi. Jemputan dari Beaufort tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.