JENGGO KLIAS KE KENINGAU

Trip 3 Februari baru selesai jam 6pm tadi, setelah 3 minggu tidak turun ke Klias disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan, ditambah lagi dengan kerja seharian. Trip kali ini disertai oleh belacans, Irfan [dangan dari Keningau] dan regular partner Ruzlee. Kali terahir Mr Irfan menduga jenggo pada 3 tahun yang lalu di Weston. Jadi kali ini Mr Irfan berpeluang menduga semula jenggo, cuma suasana saja berbeza, tiada pikat, tiada nyamuk, dan tidak perlu pakai stokin..hehehe. pukulan dan henjutan jenggo Sg Klias sememangnya berbeza dengan jenggo Sg Weston. Disebabkan perjalanan balik Mr Irfan sangat jauh  ke Keningau maka trip ini ditamatkan pada jam 530am. Hasil yang diperolehi sangat memuaskan hati kami. Kondusi air semasa surut dan pasang sangat menyebalahi dan memberi kepuasan. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.....untuk Mr Irfan semoga henjutan jenggo Klias menganggu mimpi tuan..hahahaha

Warm up...Jenggo pertama yang dinaikan oleh Irfan...boleh tahan ah..

Tarik lagi tuan...sudah 3 tahun tidak menghinjut jenggo..kali ini baru berpeluang..kasih  puas hati.

Pusing satu badan...jenggo waktu pagi di Lubuk Piasau...tidak menghampakan.

Tuah badan..masih lagi ada bau jenggo 3 tahun yang lalu..itu sebab jenggo suka dengan tuan.

Puas hati..? kalau tidak puas hati lupakan Sg Klias tuan...

Bekalan ke Keningau...gerenti malam ini makan besar punya..tangan hanyir ni..

Jenggo Lubuk Kuburan...jenggo takut dan naik ke boat.

Tiada 25 inci tuan...10 inci pun ok tuan...kena cincang atau mencincang?

Lubuk Penyanggat yang kembali membawa sinar..hampir 2 bulan lubuk ini kosong.. kali ini penghuninya sudi naik ke boat.

Jenggo Lubuk Penyanggat yang memberikan hasil luar biasa..Enjoi Irfan.

Pemilik Lubuk Kuburan...banyak jenggo yang jadi jenazah di hujung joran Cigu Ruzlee.

Kusut tali pancing tapi hati tiada kusut...gembira di masa kecederaan.

Jenggo Sg Klias yang merantau jauh ke Sook Keningau..semoga menjadi hidangan yang enak di sana.

PEMBUKAAN JENGGO KLIAS 2013

Tirai Sg Klias dibuka untuk sesi 2013 dengan jayanya pada 6 Januari 2013. Seperti biasa, acara loading barang menjadi agenda pertama untuk sesi pemanasan badan. Hujan yang berpanjangan beberapa hari memungkinkan air tidak stedi untuk mengail jenggo, tetapi keadaan sebaliknya apabila kondusi suhu air sangat canteeeek dan rasa suam-suam. Lubuk-lubuk yang biasa kami lawat tidak mengecewakan sepanjang hari kami mengail. Manakala lubuk yang lama ditinggalkan dan dilawat semula memberikan hasil yang luar jangkaan. Jenggonya bersaiz kings. Di sini ada sedikit tatapan untuk pelawat GILAKAIL dan peminat Jenggo. 

Port lama iaitu Lubuk 23 inci yang ditinggalkan memberikan jenggo bersaiz kings. Kikir biru muncul setelah beberapa jam menyepi.
 
 Saiz idaman peminat Jenggo.  Rod tetap menyelam dibuatnya.

Tidak cukup tangan...5 rod dirembat sekali turun....puas hati tuan...
ini di lubuk Lebuh Raya Timur-Selatan.

 Lubuk 23 Inci tidak mengecewakan untuk lawatan kali ini..saiz kasar tetap pujaan.

 Tetap ada jenggo untuk dibawa balik...lagi Lubuk 23 Inci tidak mengecewakan.

Syukur. Hasil yang dibawa balik pada jam 6.00 pm. Lepas juga lauk malam.

PENUTUP AKAUN JENGGO 2012.


Selamat Tahun Baru2013.. baru ada kesempatan kemaskini blog GILAKAIL. Trip penutup akaun jenggo 2012 kali ini disertai oleh kenalan dari Kota Kinabalu. Sudah lama Cigu Ronny ini mengintai masa yang sesuai untuk turut mencuba trip menjenggo di Klias sejak Yie Ismail meracun beliau dengan cerita yang seronok semasa menjenggo beberapa bulan lalu. Setelah tarikh sesuai ditetapkan, maka trip ini berjaya dan laba yang diperolehi pun boleh tahan. Rasanya Cigu Ronny akan kembali ke klias semula setelah merasa henjutan tentera-tentera biru klias. Trip ini juga disertai oleh Cigu Ruzlee...veteren Sg Klias dan saya sebagai botman. Di bawah adalah foto-foto sepanjang aktiviti pada 27 Disember 2012.

 Akhirnya Cigu Ronny berjaya juga menyesuaikan diri dengan jenggo Sg Klias.

 Cigu Tunjuk Taring...Saiz Jenggo yang mempunyai sepit kikir yang berkarat.. tahniah Cigu Ronny.

 Orang lama buss..jenggo tidak henti-henti dinaikan oleh cigu Ruzlee.

 Lagi Jenggo bersaiz pinggan..

 Puas hati Cigu Ronny...datang bah lagi..

 Tidak kalah...ada saja jenggo saiz kasar dinaikkan. Cancang tuan.

 Naik lagi...mana tahan tengok orang kiri kanan menaikkan jenggo...sabar Ronny.

 Jenggo berkarat dan Zorro SMK Tansau

 Giliran Boatman..mana boleh tinggal.

Naik dan naik...saiz pun melenturkan rod.

 Sepit Kikir Besi pun ada...

 Naik lagi...? Boleh tahan saiz jenggo di lubuk Kikir ni..

 Oooo..tidak, ini baru warm up...berfoto jangan tinggal.

 Cigu Ronny akan datang balik ke Klias..gerenti...

Hasil mencuba nasib di Sg Klias... Selamat menjamu selera Cigu Ronny dengan keluarga.

SENI RAJA LABA

Sudah 3 minggu tidak mengail jenggo Klias......akhirnya geng perahu ditelepon untuk mengatur trip, seperti trip terdahulu, Cigu Ruzlee adalah partner yang setia jika turun menerjah udang..sms saja..keputusan tetap on. Seperti yang dirancang hari Ahad 14/10/2012 kami turun sambil disambut gerimis hujan..lorong penyengat tetap dihati..tapi air yang sangat tawar dan air pasang sekejap membuatkan kami memilih port Laba menjadi singgahan. Ternyata kawasan Laba tidak menghampakan kami kali ini..umpan yang diturunkan tetap menjadi santapan Raja-raja Laba. Umpan yang dilabuh tidak sampai seminit terus digomol..turun saja digomol...turun saja digomol..dasyat betul jenggo kali ini..setelah jenggo kurang menyentap umpan..kami berpindah ke port lain...jenggo tetap mencakop..boleh dikatakan udang merata-rata waktu itu. Waktu petang fenomena sama berlaku..umpan turun digomol..turun digomol..turun digomol. Saiz remaja jangan cakap. Daripada bercerita baik datang sendirilah. Ini sebahagian gambar yang dapat diambil.

 Candas biru yang mencakop rod Cigu Ruzlee. Bersinar badan jenggo

 2 rod 2 jenggo sekali..ini kes biasa di sini. Saiz remaja paling banyak naik kali ini.

 Warm up dikala pagi yang nyaman.

 Naik lagi..mungkin jenggo hari itu kelaparan.

 Kubu kuat jenggo di sekitar kawasan ini menerima lawatan mengejut. Raja tumpas.

 Mana mahu lari ah..........Jenggo yang terpedaya dengan lenggokan mee Sg Padas.

 Junam...saiz yang melenturkan rod...tapi sepit tunggal..

Seni Jenggo.....itu yang paling seronok sekali.

Mr Ruzlee punya bahagian

Saya punya bahagian..

Kesimpulanya..cuti sekolah semakin hampir...kiranya boleh jadi Marshal Klias selama cuti sekolah...welkam to Klias

LAWAS MUSIM 4


Rasanya sudah lama saya tidak update blog ini disebabkan oleh kerja yang datang, hujan yang menidakkan trip mengail dan masa yang tidak sesuai untuk memancing ikan atau menjenggo. Trip luar dari Sabah dapat juga diatur bersama Tg Rider setelah beliau lapang dari trip deep sea, ditambah lagi dengan cuaca yang baik minggu lalu, maka perancangan ini dijadikan cerita pada 7 Oktober 2012. Ini merupakan trip ke 4 saya ke Lawas. Perancangan awal kami menggunakan 2 boat...namun saat akhir CK dan Awgku menarik diri kerana urusan yang sangat penting...tapi trip tetap on. Sesi mengilat di Awat-Awat Lawas ini sememangnya tidak mengecewakan kerana sambutan penghuni muaranya sangat rakus dan membolehkan kita mengalami adrenalina yang melampau. Trip ini berakhir jam 400 pm dan di bawah adalah gambar yang sempat dirakam.

Saya dan Sg Awat-Awat...pencarian spesis tong gas tetap akan diteruskan di sungai ini jika ada kesempatan.

Penghuni tetap Awat-Awat...Jeti ini menanti kedatangan anda jika ada kesempatan ke sini...damai suasananya..

MJ vs Satak...Ungah pertama yang mencuri tumpuan pada pagi itu...Zerek Shrimp ini orang kata pantang dihulur terus ngap...betul kah..?

 Ungah ke dua... laluan tanjung sentiasa dihuni oleh spesis ini..kasar permainannya.

 Ungah ke tiga...bukan main lagi tali keluar berdesit-desit..ciit..citt..ciit...memang ummmph lariannya.

 Ungah ke empat..belum sempat pasang kuda-kuda terus terkam..apa lagi hinjut busku...

 Ungah ke lima..mangsa menunggu di tanjung..pemangsa menunggu di perahu...ciit..ciit lagi bunyi spool...

Ungah ke enam...tanjung juga kubu serangan hendap spesis ini...tetap memberi layanan yang menyeronokan.

Ungah ke tujuh...sekali cast sekali ngap...memang MJ penghuni tetap di sini..kalau begini berterusan, boleh halus  ibu jari asyik memicit  tali spool...terbaik ungah di sini. Ungah ke 8 coming soon

Ungah yang dibawa balik. Kerapu minyak jangan cakap berkilo-kilo. Diberi kepada kawan yang berhampiran.

Jam 500 pm kami berdua strike kolo mee Sarawak. Super Strike mee ini